Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Saturday, February 20, 2010

ADAB BERNEGARA


1.       Menerangkan adab-adab bernegara

a.       Menjaga nama baik negara dengan mencapai kecemerlangan diperingkat antarabangsa dan tidak memburukkan imej negara
b.       Cinta kepada negara dengan tidak merelakan negara kita dirosakkan dan dibinasakan, iaitu dengan ;
1.       mempertahankan negara sekiranya diancam oleh musuh
2.       berusaha memajukan negara
3.       meningkatkan perasaan patriotisme dlam diri
c.       Memelihara keamanan. Segala unsur yang boleh memporak-perandakan negara hendaklah dihindarkan
d.       Berbakti kepada negara. Pelbagai jenis sumbangan boleh diberikan kepada negara mengikut kebolehan dan kemampuan kita.


 
2.       Menghuraikan faedah menjaga adab bernegara
a.       Negara akan bertambah maju hasil dari negara yang aman. Masyarakat akan terus tekun bekerja dan menyumbangkan kemajuan
b.       Nama negara akan harum dimata dunia hasil dari kemanan dan kemajuan yang dicapai
c.       Negara dapat diselamatkan daripada ancaman musuh hasil dari rakyat yang cintakan kepada negara. Semangat patriotisme dapat mengenepikan kepentingan peribadi demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...