Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Thursday, February 18, 2010

Astronomi

Assalamualaikum... Salam sejahtera kepada semua pembaca blog asis yang dikasihi lillahi taala.. Alhamdulillah pada hari ini asis berpeluang menulis blog bagi tatapan rakan-rakan dan remaja sekalian..
Pada kali ini asis ingin berkongsi pengalaman mengenai satu program yang asis hadiri bagi memantapkan lagi ilmu di dada mengenai bintang-bintang di langit dan alam semesta yang di kenali dengan ilmu "astronomi"

indah nya ciptaan Allahindahnya ciptaan Allah
Untuk pengetahuan remaja yang masih belum mengetahui mengenai ilmu astronomi, banyak kepentingan yang kita perolehi daripada ilmu kajian bintang ini. Selain mengkaji kebesaran Allah s.w.t kita juga dapat mendekatkan diri dengan pencipta alam semesta ini. Antaranya, di langit malam, terdapat berbilion-bilion bintang yang telah dikaji dan masih tidak dapat dikaji oleh manusia. Mengenai ilmu angkasa, hakikatnya satelit yang dicipta oleh negara-negara membangun seperti Amerika dan Russia bukan sahaja untuk tujuan komunikasi bahkan tujuan peperangan. Tidak hairanlah Russia dan Amerika menjadi sebuah negara yang digeruni kerana kecanggihan sistem pertahanan mereka.

Untuk pengetahuan rakan-rakan juga, Urine Gagarine merupakan angkasawan pertama dunia yang berjaya sampai ke angkasa lepas. Tetapi mesti rakan-rakan tidak percaya bahawa, teknologi pada zaman tersebut menghantar Urine Gagarine ke angkasa dengan menaiki peluru berpandu jarak jauh. Pelik tapi benar?? idea ini dicetuskan oleh astronomi dan saintis di Russia yang menganalisa peluru berpandu jarak jauh agar dipancarkan ke atas melalui daratan ke orbit bumi. Namun pada tahun-tahun yang berikutnya pengembaraan pertama ke angkasa lepas dijalankan dengan menghantar Yuri Gagarine  pada 12 April 1961 dengan menaiki roket Vostok 1 yang juga menggunakan sistem peluru berpandu yang dilancarkan oleh Program Angkasa Soviet Union.

Namun, percubaan pertama menghantar hidupan ke angkasa sebelum Yuri Gagarine ialah cubaan menghantar seekor anjing ke angkasa. Anjing itu diberi nama Laika. Laika dihantar ke angkasa lepas pada 3 November 1957. Perjalanan berjalan lancar namun tragedi menyayatkan hati berlaku disaksikan hampir semua saintis dimana Laika mati akibat kepanasan haba yang melampau bagaikan "hot dog"  kerana penebat haba yang diletakkan pada roket tersebut tertanggal ketika berlepas. Agak-agak nya, jika manusia dihantar ketika itu macam mana la agak nya?? Mungkinkah sama seperti rakyat Palestin yang tidak berdosa terkena kesan bahan kimia akibat tindakan rejim zionis Israel!!menggunakan senjata dan peluru berpandu mengandungi bahan kimia FOSFHORUS!!??kesannya lebih hebat dan kejam!! Kasihan Laika....

Fakta lain mengenai angkasa, apabila manusia berada di angkasa, kita akan mengalami masalah tulang menjadi rapuh akibat tekanan graviti yang terlalu rendah di angkasa lepas. Di bumi tekanan graviti bumi membantu ketahanan tulang manusia berbanding di angkasa. Alhamdulillah..sebab itulah angkasawan terpaksa bersenam 3 jam sehari berterusan bagi merangsang otot manusia yang malas ketika berada di angkasa.. Tak percaya?? tanyalah Dato' Sheikh Muzaphar angkasawan negara kita.

Kajian mengenai planet-planet di angkasa pula, bermula dengan matahari. Matahari merupakan bintang yang paling dalan sistem bimasakti kita. Namun jangan terkejut kerana ada banyak bintang lain lagi yang lebih besar dan lebih hebat dari matahari dalan sisten yang lain.. Sedikit fakta mengenai Planet 'Mercury', suhu di planet ini pada waktu siang mencecah sehingga 250 darjah selcius. lebih panas dari gurun sahara di bumi. Manakala pada waktu malam, suhunya mencapai hingga negatif -200 darjah selsius lebih sejuk berbanding kutub utara.. Planet Venus atau dikenali sebagai planer 'kejora' dan dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai planet zuhrah adalah merupakan adik kembar planet bumi.....Hal ini kerana,planet Zuhrah mempunyai persamaan dari segi saiz dalam beberapa ratus kilometer sahaja. Namun, permukaan di planet zuhrah lebih panas dari Mercury kerana haba yang terperangkap di dalam planet zuhrah (di bumi kita panggil 'green house effect')
seterusnya planet kita iaitu planet bumi, kita berada berada betul-betul di garisan tengah bimasakti. Oleh yang demikian, kita seharusnya bersyukur kerana kelebihan kita yang tidak terlalu dekat dengan matahari dan tidak terlalu jauh oleh itu, planet kita dapat didiami dengan selesa dan kerana bula juga, kita terselamat dari menerima hentaman asteroid serta lapisan atmosfera membantu kita dari menerima hentaman komet yang memasuki lapisan atmosfera bumi. ISS atau International Space Station berada hanya 3000 kilometer dari bumi. Menkjubkan bukan?? inilah ciptaan Allah yang tiada siapa pun makhluk dapat mengatasinya.. Seterusnya, jiran kita yang terdekat iaitu planet Marikh. Planet Marikh memiliki # gunung berapi tidak aktif yang bersaiz 3 kali ganda besar dari gunung everest di Bumi. mDi Marikh terdapat ais dan karbon dioksida seperti di bumi. Oleh itu, saintis berpendapat bahawa kita boleh tinggal di Marikh. Namun, kajian masih giat dijalankan bagi memastikan kebenarannya. Di Marikh terdapat 2 jenis bulan yang dipanggil 'fabos' dan 'bemos'. Kajian para  astronomer mentafsirkan bahawa bulan di Marikh bukanlah bulan seerti di bumi tetapi ianya adalah sebuah Asteroid??hairan..

Planet Musytari merupakan planet yang besar iaitu sebesar 12 kali diameter bumi. Planet Musytari terdiri daripada gas semata-mata..kalau tak cukup gas NGV pergilah ke planet Musytari.. Kehebatannya pula, di Musytari terdapat puting beliung sebesar   3 kali bumi!!!subhanallah...hebat betul ciptaan tuhan.. puting beliung yang kecil di bumi sudah memusnahkan macam-macam benda ini kan pila di Musytari. Selain itu, terdapat 65 jenis bulan. Banyaknya!!! salah satu dikenali sebagai IO iaitu bulan paling unik yang pernah  dijumpai. Di planet Saturn pula terdapat lebih kurang 59 jenis bulan serta memiliki bulan yang paling cantik. Lepas ini, Musytari dan Saturn boleh la berkongsi bulan di bumi. Agaknya kalau manusia tinggal di dua planet ini, lambat nya nak sampai setahun kan??? di Uranus juga terdapat banyak bulan iatu sebanayk 30 bulan. Di planet Neptune terdapat satu lubang hitam dipercayai lapisan atmosfera yang berlubang???ada pembakaran terbuka ke di Neptune??? Planet Pluto terdapat 3 bulan salah satunya dikenali sebagai bulan Sheron..(macam nama p[emimpin yahudi yang tengah terseksa sekarang...padan muka!!!) Belum ada kapal angkasa yang berjaya mendarat di Pluto.Pluto ekspress (kapal angkasa) dari bumi sedang menuju ke Marikh dan dijangka tiba pada 2015 (masa tu umur suaraminda pun dah 25...dah berumah tangga kot...heheh)
Sedikit maklumat tentang bintang di langit, kajian yang dilakukan oleh para astronomer menjumpai bintang cirius (bintang ini lebih besar dari matahari) serta bersinar terang pada waktu malam. Btelgeus, adalah bintang yang paling besar di alam semesta yang pernah dijumpai oleh manusia menggunakan satelit yang dihantar serta berlegar-legar di orbit bumi..

Remaja sekalian...renungkanlah kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji mengenai kebesaran Allah s.w.t Selain berguna untuk kehidupan kita seharian, ilmu astronomi juga amat berguna dalam kita mengenali betapa kerdilnya kita di bumi Allah.. Renung kan lah..
Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...