Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Thursday, February 18, 2010

KEMULIAAN AL-QURAN


(Surah Al-Hasyr:21-24)
Maksudnya: Jika sekiranya Kami menurunkan AlQuran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk dan pecah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan itu Kami kemukakan untuk manusia supaya mereka berfikir. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara ghaib dan perkara nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah allah yang tiada Tuhan selain Dia, Maha Agung, Maha Suci, Maha Sejahtera, Maha Mengurniakan Keamanan, Maha Memelihara, Maha Perkasa, Maha Kuasa, Maha Memiliki segala keagungan. Maha Suci Allah dari segala apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. Dialah Allah yang mencipta, mengadakan, membentuk rupa, yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa-apa di langit dan di bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
 
1.       Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai panduan untuk memimpin seluruh umat manusia ke jalan kebenaran.
2.       Al-Ouran adalah sebuah kitab yang istimewa kerana:
·         mukjizat agung kepada Rasulullah S.A.W
·         kandungan Al-Quran adalah lengkap dan merangkum semua aspek kehidupan manusia seperti akhlak, ekonomi, sosial, politik, dan sebagainya;
·         ajaran Al-Quran sesuai untuk diamalkan oleh semua bangsa dan di semua tempat
·         Al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan sehingga hari kiamat
·         keindahan bahasa Al-Quran tidak dapat ditandingi
·         Al-Quran juga dapat membimbing manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat
·         setiap huruf yang dibaca dikira ibadat dan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T..
3.       Allah S.W.T. mempunyai 99 nama yang baik (Asmaul Husna). Melalui ayat tadi, Allah S.W.T. menyatakan sebahagian nama dan sifat-Nya yang agung iaitu:
·         Ar-Rahman (Maha Pemurah);
·         Ar-Rahim (Maha Pengasih);
·         Al-Malik (Penguasa);
·         Al-Quddus (Maha Suci);
·         Al-Salam (Maha Sejahtera);
·         Al-Mukmin (Maha Pemelihara Keamanan);
·         Al-Muhaimin (Maha Pengawas terhadap makhluk-Nya);
·         Al-Aziz (Maha Mulia);
·         Al-Jabbar (Maha Perkasa);
·         Al-Mutakabbir (Maha Agung);
·         Al-Khaliq (Maha Pencipta);
·         Al-Bari (Maha Menjadikan);
·         Al-Musawwir (Maha Pembentuk);
·         Al-Hakim (Maha Bijaksana).
4.       Kita digalakkan menyebut nama-nama Allah S.W.T. supaya segala apa yang dilakukan akan mendapat berkat dan petunjuk daripada-Nya.
5.       Rumusan :
1.       Al-Quran adalah kitab suci yang ditumnkan sebagai panduan umat manusia.
2.       Al-Quran mempunyai kelebihan dan mukjizat yang tiada tandingannya.
3.       Allah S.W.T. membuat perbandingan mengenai penerimaan manusia terhadap Al-Quran dengan sifat gunung yang kukuh akan menjadi hancur kerana keagungan Al-Ouran.
4.       Umat manusia hendaklah sentiasa berpegang kepada Al-Ouran di dalam kehidupan.
5.       Semua makhluk selain manusia tidak mampu menanggung amanah Al-Quran sehingga gunung-ganang yang kuat dan teguh pun hancur berkecai.
6.       Umat manusia hendaklah memahami kandungan Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan.
7.       Allah S.W.T. mempunyai sifat-sifat dan nama yang Maha Agung lagi Maha Sempurna.


Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...