Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Friday, February 19, 2010

KERAJAAN BANI ABBASIYAH


1. PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN ISLAM

1.       Latar belakang kerajaan

a.       Diambil sempena nama bapa saudara rasulullah; al-abbas

b.       Penubuhannya adalah untuk merialisasikan idea keturunan bani hasyim yang menganggap tampuk pemerintahan islam lebih layak disandang oleh mereka

c.       Memerintah lebih daripada lima kurun yang bermula pada tahun 132h hingga 650h
 
2.       Struktur kerajaan

a.       Kerajaan ini mewarisi sistem khilafah secara warisan seperti juga kerajaan bani umaiyah

b.       Ia dipimpin oleh 37 orang khalifah

c.       Sistem pentadbirannya banyak diadaptasi dari sistem pentadbiran kerajaan parsi, ini disebabkan kerana karana aramai orang parsi yang memeluk islam dan menjawat jawatanpenting dalam kerajaan abbasiyah

d.       Sistem pemerintahannya beurutan seperti berikut;
                                                   i.      Khalifah
        - ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah islam
                                                 ii.      Al-wazir
        - perdana menteri yang bertindak sebagai ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri dan jabatan kerajaan
                                                iii.      Ad-dawawin
       - jabatan-jabatan kerajaan. Ia berada dibawah pengawasan al-kuttab (sekretari).

 
3.       Khalifah-khalifah kerajaan abbasiyah yang terkenal;

a.       Abu abbas abdullah assufah
·         Khalifah abbasiyah yang pertama
·         Memerintah selama 4 tahun 9 bulan ( 132h-136h )
·         Sumbangan
§         Mengasaskan kerajaan abbasiyah
§         Menghapuskan pemberontakan

b.       Abu ja'far al-mansur
·         Memerintah selama 22 tahun ( 136h – 170h )
·         Sumbangan
§         Menjadikan baghdad sebagai ibu kota dan membangunkannya
§         Memperbaiki sistem cukai
§         Membuat saliran
§         Menyediakan pasar-pasar di tempat-tempat yang strategik

c.       Harun ar-rasyid
·         Khalifah yang paling warak dan terkenal
·         Memerintah selama 23 tahun satu setengah bulan ( 170h-192h )
·         Sumbangan
§         Memerintahkan al-qadhi abu yusuf supaya menulis kitab tentang percukaian hingga terhasilnya kitab al-kharaj
§         Mewujudkan jawatan qahdi al-qudha ( ketua hakim )
§         Menubuhkan baitul hikmah ( pusat perkembangan ilmu pengetahuan )
§         Menjadikan baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan
§         Membina banyak prasarana seperti rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian

d.       Al-makmun
·         Putera harun ar-rasyid
·         Memerintah selama 20 tahun ( 198h-218h )
·         Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan
·         Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang
 
4.       Faktor penyebaran islam di zaman abbasiyah

a.       Faktor dalaman
            
                                                 i.      Keinginan daripada penduduk setempat yang tertarik dengan islam serta akhlak umatnya
                                                 ii.      Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari baitul mal untuk para ulamak dan pendakwah menjalankan aktiviti dakwah
                                                iii.      Dasar kerajaan abbasiyah yang menyamakan kedudukan bangsa arab dengan bukan arab
    
                                                iv.      Kedudukan baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan

b.       Faktor luaran
            
                                       i.      Pembukaan wilayah baru
                                       ii.      Penggunaan bahasa arab secara meluas yang mendorong kepada pemahaman al-quran dan hadis
      
                                      iii.      Hubungan diplomatik antara kerajaan abbasiyah dengan negara luar
         
                                       iv.      Usaha para pedagang islam berdakwah menerusi aktiviti perdagangan mereka


 
5.       Kesan positif penyebaran Islam

a.       Akidah
            
                                       i.      Kepercayaan masyarakat dunia pada masa atiu berubah daripada kepercayaan menyembah berhala seperti majusi yang menyembah api dan soibah yang menyembah  sapi kepada kepercayaan mengesakan allah
       
                                       ii.      Mereka tertarik dengan ajaran islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia.
        
                                      iii.      Masjid dibina dimerata-rata tempat dan dijadikan tempat berdakwah, menuntut ilmu dan beribadat

b.       Ilmu pengetahuan
            
                                       i.      Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta menjadikannya sebagai jihad
             
                                      ii.      Kerajaan abbasiyah menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah
              
                                      iii.      Ilmu yang diterokai pada masa itu;

1.       ilmu al-quran

2.       ilmu hadis

3.       ilmu nahu, geografi, matematik, falak, peribatan, fizik dan falsafah.
                                      
                                     iv.      Umat islam di zaman ini amat disegani oleh umat lain kerna kepakaran dan luasnya ilmu pengetahuan yang diterokai

c.       Kebudayaan
            
                                       i.      Umat islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai islam yang bersifat sejagat.
                                       ii.      Sebahagian daripada kebudayaan yang tidak bertentangan dengan islam masih dikekalkan
     
                                      iii.      Kebudayaan juga mempengaruhi seni bina islam pada masa itu

d.       Sistem kemasyarakatan
           
                                        i.      Islam mengamalkan konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa dan warna kulit.
                                       ii.      Kerajaan abbasiyah memberi peluang kepada orang bukan arab khususnya orang farsi untuk memegang jawatan utama dalam negara.
   
                                      iii.      Orang bukan islam juga mendapat layanan yang baik dan dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...