Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Friday, September 13, 2013

Dadah: Dua peniaga warga Pakistan ke tali gantung

SHAH ALAM 12 Sept. - Seorang lelaki warga Pakistan hampir pitam selepas dia bersama seorang rakan senegaranya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan mengedar dadah seberat 80 kilogram di rumah mereka di Sri Kembangan, dua tahun lalu.
Muhammad Shahbaz, 33, yang berdiri di sebelah rakannya, Imran Khan Jangul Shah, 30, di dalam kandang tertuduh, tiba-tiba terjatuh sebaik sahaja keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Ahmadi Asmawi.
Hakim Ahmadi bagaimanapun mengingatkan kedua-dua tertuduh bahawa mereka masih boleh merayu hukuman dan sabitan bersalah tersebut di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan yang terakhir sekali di Lembaga Pengampunan.
Beliau menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati kedua-dua tertuduh yang merupakan peniaga gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Muhammad dan Imran Khan didakwa mengedar heroin seberat 71,930.8 gram dan morfin seberat 8,804 gram di No. 16-1 Jalan PUJ 3/11, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 4.30 petang, 6 April 2011.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) ADB yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Fazillah Begum Abdul Ghani.
Sepanjang perbicaraan, sebanyak 17 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan iaitu tertuduh-tertuduh sendiri tampil memberi keterangan.
Berdasarkan kes pendakwaan, ketika rumah kedua-dua tertuduh diserbu, pihak polis menemui 255 kotak berisi selimut dan baju.
Hasil siasatan mendapati 14 daripada kesemua kotak itu mengandungi 155 bungkusan yang disahkan berisi dadah.
Dalam keputusannya, mahkamah menolak pembelaan kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Karpal Singh yang mendakwa, mereka diminta oleh seorang rakan di Pakistan supaya mengambil kotak yang dibalut itu di Pelabuhan Klang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130913/ma_03/Dadah-Dua-peniaga-warga-Pakistan-ke-tali-gantung#ixzz2eiIOuCiU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...