Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

dh klik bru tgk

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Kuin tawar pengajian kepada pelajar dibawa pulang dari Mesir

ALOR SETAR 11 Sept. - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menawarkan tempat kepada pelajar yang dibawa pulang dari Mesir baru-baru ini untuk menyambung pengajian mereka di kolej universiti tersebut.
Pengarah Jabatan Perhubungan Awamnya, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim berkata, antara kursus yang ditawarkan Kuin ialah dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Al-Quran dan Perubatan.
"Pihak Kuin membuka peluang khas kepada pelajar dari Mesir yang tidak berhasrat untuk menyambung semula pengajian di sana memandangkan keadaan yang masih tidak stabil.
"Bagi pelajar yang sedang menuntut dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar misalannya mereka boleh menyambung pengajian di sini dalam program Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan al-Quran," katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, pengajian di Kuin amat bertepatan dan selari kerana kebanyakan pensyarah yang mengajar dalam bidang pengajian Islam adalah tenaga pengajar yang diambil dari Universiti Al-Azhar, Mesir, selain kurikulum yang digunakan mengikut silibus universiti itu.
"Selain itu, bahasa penghantar program Pengajian Islam di sini menggunakan bahasa Arab, manakala bagi pelajar Perubatan dari mana-mana universiti di Mesir pula boleh menyambung pengajian di sini dalam bidang Ijazah Perubatan dan Pembedahan.
"Bidang Perubatan di Kuin juga mempunyai kesinambungan dengan pelajar dari Mesir kerana pengajian di sini diwajibkan menghafaz surah-surah tertentu, di samping tambahan kurikulum pengajian Islam yang lain," katanya.
Tambah beliau, kemasukan terdekat adalah pada Disember ini dan tertakluk kepada syarat Kuin yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
"Kemasukan dalam bidang Perubatan dan Pembedahan pula akan dibuat pada 29 September ini dan kelayakannya tertakluk dengan kementerian, MQA dan Lembaga Perubatan Malaysia (MMC)," katanya.
Katanya, pelajar yang berminat boleh menemui wakil Kuin di Kementerian Pendidikan, Presint 5, Putrajaya, Khamis ini untuk mendapatkan maklumat serta membuat permohonan menyambung pengajian di kolej universiti itu.
"Pelajar yang tidak berkesempatan hadir, boleh menghubungi terus Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin di talian 04-7320163," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20130912/ka_02/Kuin-tawar-pengajian-kepada-pelajar-dibawa-pulang-dari-Mesir#ixzz2eiJB0gKR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sharing is caring ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...