Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Wednesday, September 11, 2013

Mampukah Aku Kahwin Awal???

‘’Mampu ke aku Kahwin dengan umur yang  masih muda ini?”
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Untuk mendapat keberkatan dalm perkahwinan,pendek kata setiap pasangan haruslah mengamalkan konsep wasatiah.
Wasatih bererti, perlu bersederhana dalam segala tindak-tanduk:
  • Sederhana ketika bertunang dan bernikah
  • Sederhana dalam perbelanjaan hidup berumah tangga
  • Sabar menghadapi karenah pasangan
   Masing-masing wajib mempelajari ilmu untuk membentuk perkahwinan yang bahagia. Misalnya, si suami tidak menganggap isteri sebagai pembantu rumah dan berkuasa menyuruh melakukan semua perkara. pada masa yang sama juga, si isteri tidak meminta sesuatu  yang sememangnya tidak mampu diadakan oleh suaminya. Perkahwinan yang diredhai biasanya akan membuka pintu rezeki dan kehidupan akan menjadi bahagia.
   Lazimnya, selepas berkahwin pintu rezeki akan terbuka luas dan hati bertambah gembira. Kita biasa melihat pasangan yang baru berumah tangga akan sentiasa tersenyum dan ada juga yang berterus terang berkata ‘’kalau aku tahu dari dulu dah lama aku kahwin...bahagianya!”


                                                       Jodoh
   Bila membiacarakan soal jodoh dan rezeki, terdapat hadis qudsi yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan muslim iaitu sejak awal terciptanya qalam ALLAH S.W.T. sejak permulaan menciptakanya,ALLAH telah berfirman:
‘’Tulislah’’,ia (qalam) bertanya, ‘’wahai Rabbku, apa yang harus aku tulis?’’
   ALLAH berfirman: Tulislah segala sesuatu yang terjadi.’’ Kemudian dia (Qalam) menulis segala sesuatu yang terjadi sampai hari kiamat. Lalu ALLAH memerintah malaikat unutk menulis empat perkara iaitu ajal,rezeki,amal,celaka atau beruntung. Menurut ulama ahli sunah, yang dimaksudkan rezeki itu mencukupi rezeki zahir dan rezeki batin. Manakala rezeki batin ialah JODOH.  
   ALLAH telah menjanjikan suatu pertolongan kepada orang yang ingin berkahwin dalam suruh an-Nur ayat 32:
 "Dan kahwinkanlah ......." hingga akhirnya merupakan satu perintah supaya mengahwinkan. Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka berdalilkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Wahai sekalian pemuda, barangsiapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia  berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya. - dikeluarkan dalam sahihain daripada hadith ibnu Masood. Terdapat dalam Sunan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : "Kahwinilah (perempuan) beranak banyak, sesungguhnya aku berbangga mempunyai umat yang ramai di hari Qiamat.
"Al-Ayaama" adalah perkataan jama' bagi perkataan  "ayyim". Digunakan untuk perempuan yang tidak mempunyai suami atau untuk lelaki yang tidak mempunyai isteri samada ia pernah berkahwin kemudian bercerai atau yang belum berkahwin lagi.
  Firman Allah Taala " إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمْ اللَّه مِنْ فَضْله " "Jika mereka itu miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya." Berdasarkan ayat ini, berkata Ali b. Abi Talhah   daripada Ibnu Abbas; Allah Taala menggesa mereka supaya berkahwin dan memerintahkan orang merdeka dan hamba supaya dikahwinkan serta menjanjikan mereka dengan kekayaan. Berkata Ibnu Abi Hatim, Abu Bakar As-siddiq berkata : Taatilah kamu akan Allah pada apa yang Dia arahkan supaya bernikah, kamu akan peroleh kekayaan sebagaimana yang dijanjikan. Daripada Ibnu Masood; Carilah kekayaan dalam pernikahan. Daripada Abu Hurairah R.A. berkata : Sabda Rasulullah S.A.W. : "Tiga hak ke atas Allah menolong mereka; orang yang ingin kahwin yang mahukan memelihara kesucian diri, hamba mukatab yang mahu merdeka dan pejuang di jalan Allah."- diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tarmidzi, An-Nasaaie dan Ibnu Majah. Nabi S.A.W. telah mengahwinkan lelaki itu yang tidak mempunyai apa-apa kecuali kain sebarnya, tidak mampu mengadakan sebentuk cincin besi, meskipun begitu Nabi S.A.W. tetap mengahwinkannya dengan seorang perempuan dan mensyaratkan maharnya ialah mengajarkan perempuan itu Al-Quran.
    Nyatakanlah bahawa jodoh,rezeki,ajal dan maut adalah ketetapan ALLAH S.W.T. setiap perkara yang berlaku atau bakal berlaku telah tertulis di lohmahfuz sejak dahulu lagi. Apabila ALLAH tidak mengizinkan keinginan kita terhadap seseorang,sudah tentu ia sesuatu yang terbaik kerana ALLAH Maha mengetahui.
   Oleh itu memberi alasan tiada jodoh atau belum ada rezeki, eloklah difikirkan semula jawapan yang diberikan. Mungkin jawapan yang seterusnya ialah, ‘’semua ini adalah rahmat daripada ALLAH S.W.T.’’ bercintalah hingga kesyurga.usah matikan ia sebelum tiba kedestinasinya. In sya allah...

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...