Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Friday, September 13, 2013

Negara kurang pekerja teknikal

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Kelly Services (M) Sdn. Bhd. (Kelly Malaysia) dalam laporan Panduan Gaji Kelly 2013/2014 menggambarkan masih wujud kekurangan yang kritikal bagi tenaga kerja mahir dalam sektor teknikal di negara ini.
Pengarah Urusannya, Melissa Norman berkata, pengambilan tenaga kerja mahir tersebut penting sejajar dengan komitmen kerajaan dalam memacu ekonomi ke arah status berpendapatan tinggi menjelang 2020 menerusi Program Transformasi Negara (ETP).
Katanya, bidang-bidang utama pekerjaan yang sanggup dibiayai oleh majikan untuk memindahkan tenaga mahir adalah bidang teknikal dan jawatan yang membawa hasil seperti teknologi maklumat (IT), kejuruteraan, perbankan dan kewangan serta jualan dan pemasaran.
"Namun begitu, 20 peratus warganegara Malaysia yang berpendidikan tinggi memilih untuk berkerja di negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) atau di Singapura.
"Turut menyumbangkan kepada kekurang tenaga mahir adalah lebih 60 peratus imigran hanya mempunyai pendidikan rendah atau kurang daripada itu.
"Ini telah menyebabkan kekurangan dalam tenaga kerja mahir bagi bidang teknikal dan profesional," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130913/ek_03/Negara-kurang-pekerja-teknikal#ixzz2eiIm3pom
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...