Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

dh klik bru tgk

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Penswastaan perkhidmatan sokongan tingkatkan kualiti

Najib Tun Razak bersalaman dengan para peserta pada majlis perasmian Persidangan dan Pameran Kejuruteraan Hospital Antarabangsa 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Dr. Hilmi Yahya (kiri).

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital berjaya meningkatkan kualiti perkhidmatan tersebut di hospital-hospital kerajaan sekali gus menjadi penanda aras bagi industri hospital swasta.
Malah Perdana Menteri berkata, hasil daripada pelan tersebut, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf perkhidmatan pengurusan sisa klinikal di Malaysia adalah antara yang terbaik dalam kalangan negara membangun selain setanding dengan negara-negara maju.
Beliau berkata, di Malaysia penswastaan perkhidmatan sokongan hospital membabitkan lima bidang utama iaitu penyelenggaraan kejuruteraan kemudahan, penyelenggaraan kejuruteraan bioperubatan, perkhidmatan dobi, perkhidmatan pengurusan sisa klinikal dan perkhidmatan pembersihan.
''Kerajaan telah memulakan program transformasi secara besar-besaran dalam bidang ini melalui pelan penswastaan di 122 hospital Kementerian Kesihatan pada 1997.
''Program penswastaan ini sebenarnya merupakan inisiatif utama penyumberan luar oleh pihak kerajaan (dalam bidang penjagaan kesihatan),'' katanya ketika berucap merasmikan Persidangan dan Pameran Kejuruteraan Hospital Antarabangsa 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Yang hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya; Presiden Persatuan Kejuruteraan Bioperubatan (BEAM), Tauran Zaidi Tun Dr. Ahmad Zaidi dan Pengarah Urusan Advance Pact Sdn. Bhd., Shamsulbahrin Ludin.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, Malaysia telah mengambil langkah secara progresif melalui pelbagai inisiatif bagi menambah baik kemudahan penjagaan kesihatan serta perkhidmatan kejuruteraan.
Najib berkata, proses pembangunan hospital kerajaan di Malaysia juga telah menyaksikan perubahan iaitu daripada reka bentuk tradisional kepada konsep lebih terkini melalui perkongsian kerajaan dan pihak swasta.
''Peringkat seterusnya adalah komitmen jangka panjang daripada sektor swasta dalam membangun dan mengekalkan kemudahan-kemudahan penjagaan kesihatan yang lebih berkualiti dengan kerjasama pihak kerajaan.
''Melalui pendekatan ini pihak terlibat akan menyediakan pengurusan kemudahan penjagaan kesihatan dengan lebih optimum daripada peringkat perancangan awal kemudian reka bentuk, perolehan, pembinaan, pemasangan, ujian, penyelenggaraan dan penggantian,'' ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130913/dn_03/Penswastaan-perkhidmatan-sokongan-tingkatkan-kualiti#ixzz2eiH707EH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sharing is caring ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...