Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Friday, September 13, 2013

Peruntuk insentif usahawan wanita

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Kerajaan diharap dapat memperuntukkan sejumlah insentif kepada usahawan bumiputera wanita sebagai salah satu agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera.
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, agenda yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini diyakini akan turut menggariskan beberapa inisiatif kepada golongan itu bagi memperkukuhkan perniagaan mereka.
Beliau berkata, langkah tersebut dilihat boleh membantu wanita yang kini semakin ramai menjadi ketua isi rumah sekali gus dapat meringankan saraan hidup mereka dan menentukan pendidikan anak-anak terjamin.
''Memandangkan usahawan wanita termasuk usahawan bumiputera wanita memberi sumbangan tidak ternilai kepada pembangunan ekonomi negara, maka saya percaya dan berharap Perdana Menteri akan mengumumkan insentif dan inisiatif kepada golongan itu pada majlis berkenaan.
''Kini ramai wanita menjadi ketua isi rumah terutama dalam golongan berpendapatan rendah. Jadi jika diberi peluang ini, saya yakin mereka akan membantu ahli keluarga terutama dalam saraan hidup dan pendidikan anak-anak,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman mengenai dasar, inisiatif serta program baharu ke arah memperkasa agenda pembangunan sosioekonomi bumiputera pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang akan diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Majlis yang akan melibatkan pelbagai agensi pelaksana daripada pelbagai sektor dan peringkat dari seluruh negara itu akan memaklumkan masyarakat bumiputera mengenai visi dan misi kerajaan untuk memantapkan agenda transformasi ekonomi bumiputera selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130913/dn_04/Peruntuk-insentif-usahawan-wanita#ixzz2eiHO0hNg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...