Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

dh klik bru tgk

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Sejarah Bulan Rabiul Awal


.
Rabiul Awal  adalah bulan ketiga dalam kalendar Hijrah. Rabiul Awal berasal dari perkataan‘Rabi’ yang bererti gugur, dan ‘Awal’ ertinya pertama; maka Rabiul Awal bermaksud musim gugur yang pertama, dimana pada waktu itu bermulanya musim bunga dan tumbuh-tumbuhan mulai menggugurkan putik-putik bunga.
Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab ketika itu, pada bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.
‘Rabi’ juga bermaksud ‘menetap’, dimana pada bulan ini hampir semua golongan lelaki yang meninggalkan rumah dan berdagang mencari rezeki, telah kembali ke rumah dan menetap bersama-sama kaum keluarga masing-masing.
.
Nama Rabiul Awal sebenarnya diwarisi daripada masyarakat Arab Jahiliah. Namun penggunaan nama bulan Rabiulawal ini tetap digunakan selepas kedatangan Islam dan diterima pakai sebagai kalendar tahunan.
Kewujudan kalendar ini menyenangkan masyarakat Arab kerana ia memudahkan catatan tarikh dan peristiwa penting yang berlaku di sepanjang tahun, terutama tarikh kelahiran, kematian, malapetaka dan peperangan.
Tarikh itu diabadikan hingga ke hari ini dan dijadikan catatan silam bagi mengingati detik-detik bersejarah masyarakat terdahulu, khususnya membabitkan kisah perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat Baginda.
.
.
PERISTIWA RABIUL AWAL
Bulan ketiga dalam kalendar Hijrah ini tercatat berbagai peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat mukmin, diantaranya ialah;
 .
1.  Rasulullah SAW dilahir pada 9 Rabiulawal tahun Gajah (23 April 571 Masihi).
2.  Baginda mengahwini Siti Khatijah binti Khuwailid pada 10 Rabiulawal.
3.  Nabi Muhammad SAW diangkat sebagai Rasul pada 1 Rabiulawal ketika berusia 40 tahun.
4.  Rasulullah SAW bersembunyi di Gua Hira’ pada 2,3 & 4 Rabiulawal.
5.  Sewaktu berhijrah ke Yatsrib (Madinah), Baginda singgah di Qubah pada 8 – 12 Rabiulawal.
6.  Baginda membina Masjid Quba’, masjid pertama dalam sejarah Islam pada hari Isnin 8 Rabiulawal.
7.  Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
8.  Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
9.  Baginda wafat pada Isnin 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah (7 Jun 632 Masihi), di rumah Aisyah selepas sakit selama 13 hari.
10.  Para sahabat melantik dan membai’ah Saidina Abu Bakar r.a menjadi khalifah di Dewan Bani Sa’idah pada hari Rasulullah wafat.
11.  Pada zaman saidina Abu Bakar ra., tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra berjaya menaluki Iraq dalam bulan Rabiulawal dan memulakan pemerintahan Islam.
12.  Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka Baitul Muqaddis pada bulan Rabiulawal tahun 583 H.
13.  Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada bulan Rabiulawal tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
.
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sharing is caring ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...