Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Friday, September 13, 2013

Tempoh pinjaman peribadi kekal

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan memanjangkan tempoh had pinjaman peribadi, kerana menganggap had 10 tahun yang disyaratkan adalah tempoh yang agak lama.
Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, kebiasaannya pinjaman peribadi dilakukan bagi membiayai perkara yang tidak begitu penting seperti menampung kos perkahwinan dan pembelian perabot.
"Tidak guna jika berhutang untuk tempoh yang lama bagi menampung perkara yang tidak begitu penting.
"Kami tidak akan mengkaji had sedia ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Forum Dasar Perikatan Kewangan Terangkum (AFI) kelima, di sini hari ini.
Had tempoh pinjaman peribadi sebelum ini ialah 25 tahun.
Gesaan mengkaji had tempoh tersebut dilakukan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS).
Sementara itu, kata Gabenor BNM tidak menjangkakan kadar inflasi yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga bahan api, memandangkan ekonomi global masih berkembang dengan kadar sederhana.
"Jika harga komoditi global, termasuk harga bahan api, meningkat dengan ketara, sudah tentu akan menyumbang kepada inflasi yang lebih tinggi, dan apabila harga bahan api meningkat, ia adalah harga global yang di luar kawalan kita.
"Terdapat had kepada apa yang kerajaan boleh bantu. Mana-mana kerajaan di dunia yang cuba untuk mengawal kenaikan harga tersebut melalui subsidi akan akhirnya mengalami beban kewangan yang tidak mampan," kata beliau.
Forum tiga hari itu, yang dianjurkan bersama oleh AFI dan bank pusat, tamat hari ini dengan komitmen membentuk Perjanjian Sasana.
Melalui perjanjian itu, strategi dan penggubalan dasar kewangan terangkum akan melihat bukti dan hasil berasaskan data keputusan yang boleh menyumbang kepada usaha mempercepatkan kemajuan dan ukuran terhadap kesan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130913/ek_02/Tempoh-pinjaman-peribadi-kekal#ixzz2eiIdDHaq
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...