Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Saturday, February 20, 2010

ADAB BERNIAGA


1.       Konsep Berniaga
·         Berniaga adalah salah satu bentuk muarnalat yang disyariatkan oleh Islam.
·         Berniaga dari sudut bahasa bermaksud berdagang atau berjual beli.
·         Manakala dari sudut istilah syarak pula, berniaga bermaksud pertukaran harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu.
·         Harta yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis barangan yang bernilai di sisi syarak.
2.       Aktiviti Perniagaan Menurut Islam
·         Jual beli (Al-Bai)
·         Sewa (Al-Ijarah)
·         Saham (Al-Mndharabah)
·         Gadaian (Ar-Rahn)
·         Syarikat (As-Syarikat)
·         Insurans (Takaful)
·         Hutang (Al-Qaradh)



Sharing is caring ^_^

ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH SERTA SEDEKAH

a.       Sedekah ialah ibadat yang dituntut dalam Islam.
b.       Sedekah adalah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
c.       Hadiah pula bermaksud sesutau pemberian sebagai tanda penghargaan, kasih sayang atau pujian.
d.       Allah S.W.T memandang mulia perbuatan bersedekah dan memberikan hadiah sebahagian daripada rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.
e.       Hukum bersedekah dan memberikan hadiah adalah sunat.
f.        Rasulullah S.A.W menggalakkan kita memberi hadiah sebagaimana sabdanya yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang.
  

Sharing is caring ^_^

ADAB MEMELIHARA ALAM


1.       Alam sekitar
1.       Salah satu tanda kekuasaan Allah S.W.T. ialah kejadian alam dan isi kandungannya.
2.       Alam yang dijadikan oleh Allah S.W.T. ini adalah untuk memudahkan manusia menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna.
3.       Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan.
4.       Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.
2.       Punca Berlaku Pencemaran Alam
·         Kerosakan alam sekitar pada masa kini telah menjadi perkara biasa.
·         Antara kerosakan yang berlaku pada alam sekitar ialah tanah runtuh, tanah jerlus, pencemaran air, kepanasan yang melampau, dan sebagainya.
·         Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. menyatakan bahawa kemusnahan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah berpunca daripada tangan manusia sendiri. Firman Allah S.W.T.:(Surah Ar-Ftum: Ayat 41) Maksudnya: Telah berlaku pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.
3.       Bentuk-Bentuk Pencemaran
i.         Pencemaran Udara
a.       Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan lain.
b.       Antara punca berlakunya pencemaran udara ialah:
§       asap daripada ekzos kenderaan bermotor yang mengandung karbon monoksida yang membahayakan kesihatan;
§       asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang
§       debu yang berpunca daripada kilang papan, kawasan pembinaan, dan sebagainya;
§       pembakaran sampah sarap secara terbuka;
§       asap daripada rokok.
 


Sharing is caring ^_^

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH


1.       Maksud jihad
·         Dari segi bahasa; usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemampuan yang ada
·         Dari segi istilah; usaha yang dilakukan oleh seseorang muslim dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam dan mendapat keredhaan allah
·         Jihad yang paling utama ialah perjuangan menegakkan agama Allah dengan mengorbankan nyawa dan jiwa
·         Jihad lain;
-          Berjihad meningkatkan prestasi pendidikan
-          Membangunkan negara
-          Menggiatkan aktiviti ekonomi dll
 
2.       Kelebihan orang yang berjihad dijalan Allah
·         Pahala dan darjat disisi Allah



Sharing is caring ^_^

ADAB DENGAN PEMIMPIN


1.       Konsep kepimpinan
·         Pemimpin ialah seorang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan manusia atau sesebuah organisasi
·         Kepimpinan adalah perkara yang penting dalam syariat islam
·         Ia dapat memastikan kestabilan dan pelaksanaan undang-undang dalam masyarakat
·         Tanggungjawab pemimpin :
                                                 i.      Menjaga alam
                                                 ii.      Berlaku adil
                                                 iii.      Menyediakan keperluan asas

2.       Adab terhadap pemimpin
·         Mentaati pemimpin selagi ia tidak menyuruh melakukan maksiat
·         Membantu pemimpin dalam mencapai wawasan negara
·         Memberi sokongan padu segala polisi dan projek untuk kemudahan awab yang dilakukan oleh pemimpin
·         Menasihati pemimpin dengan cara yang baik seperti melalui teguran dan pandangan wakil-wakil rakyat untuk diambil tindakan



Sharing is caring ^_^

ADAB BERNEGARA


1.       Menerangkan adab-adab bernegara

a.       Menjaga nama baik negara dengan mencapai kecemerlangan diperingkat antarabangsa dan tidak memburukkan imej negara
b.       Cinta kepada negara dengan tidak merelakan negara kita dirosakkan dan dibinasakan, iaitu dengan ;
1.       mempertahankan negara sekiranya diancam oleh musuh
2.       berusaha memajukan negara
3.       meningkatkan perasaan patriotisme dlam diri
c.       Memelihara keamanan. Segala unsur yang boleh memporak-perandakan negara hendaklah dihindarkan
d.       Berbakti kepada negara. Pelbagai jenis sumbangan boleh diberikan kepada negara mengikut kebolehan dan kemampuan kita.



Sharing is caring ^_^

ADAB BERMUSAFIR


1.       Menjelas hukum bermusafir

i.         Wajib
-          Bagi seorang muslim yang berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah yang ajib
ii.       Sunat
-          Bermusafir untuk menziarahi tiga buah masjid utama ( al-masjidil haram, al-masjid an-nabawi & al-masjidil aqsa )
-          Bermusafir untuk melakukan perkara-perkara sunat seperti menziarahi saudara
iii.      Harus
-          Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak
iv.      Makruh
-          Bermusafir tanpa tujuan dan matlamat
v.       Haram
-          Bermusfir ke tempat-tempat yang haram dikunjungi serpeti pusat-pusat maksiat atau menyaksikan pesta maksiat


Sharing is caring ^_^

Friday, February 19, 2010

HAMKA PERMATA NUSANTARA


1.       Biodata;
·         Profesor Doktor Haji Abdul Malik Bin Seikh Abdul Karim Bin Syeikh Muhammad Amrullah
·         Lahir di Minangkabau, Indonesia.
·         Keturunan ulamak
·         Terkenal sebagai;
§       seorang ulamak
§       ahli reformasi
§       ahli agama, falsafah, politik dan kesusasteraan
2.       Sifat peribadi;
·         Pintar dan bijak (menghafaz al-quran dalam masa yang singkat)
·         Fasih berhujah
·         Mahir menggunakan bahasa arab
·         Bersifat kepimpinan
·         Kreatif dalam penulisan


Sharing is caring ^_^

SYEIKH TAHIR JALALUDDIN TOKOH PEMIKIR TANAH AIR


1.       Biodata;
·         Muhammad Tahir Bin Syeikh Muhammad
·         Lahir di minangkabau, Indonesia
·         Pelopor gerakan reformasi
2.       Sifat peribadi;
·         Berbudi pekerti mulia
·         Tegas, berani , gigih dalam memperjuangkan semangat pembaharuan (At-Tajdid Wal-Islah)
·         Mempunyai asas agama yang kukuh
·         Bijak berhujjah dan bersemangat nasionalis
·         Kreatif dalam penulisan yang mempengaruhi pemikirab orang melayu
3.       Pendidikan;
·         Dihantar ke Mekah untuk mempelajari ilmu agama (menetap selama 12 tahun)
·         Menuntut di Univ. al-Azhar (mendapat pengaruh dari Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammd Abduh)
·         Dikenali sebagai ahli Falak
   

Sharing is caring ^_^

AS-SYEIKH MUHAMMAD ABDUH TOKOH ISLAH AGUNG


1.       Biodata;
·         Muhammad Bin Syeikh Abduh Khairuddin
·         Lahir di Mesir
·         Ayahnya petani miskin
·         Dikenali sebagai mujaddid islam
·         Murid dan rakan kepada Jamaluddin al-Afghani
2.       Sifat peribadi;
·         Daya ingatan yang kuat
·         Semangat juang yang tinggi
·         Bercita-cita memajukan masyarakat
·         Memiliki idea yang kreatif untuk menghasilkan karya yang mempengaruhi pemikiran umat Islam
·         Imannya kuat
·         Suka melakukan kebajikan


Sharing is caring ^_^

AS-SAIYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI PEJUANG ISLAM YANG GIGIH


1.       Bertalian darah dengan at-tirmizi hingga ke husain bin ali bin abi talib
2.       Lahir di asad abad , (1254h/1838m)
3.       Seorang pejuang revolusi yang membebaskan umat islam daripada dijajah
4.       Sifat peribadi :
·         Rendah diri, berani, dan berfikiran tajam
·         Disegani oelh kawan dan lawan kerana semangat jihadnya yang tinggi
·         Fasih berbicara dan suka mengembara


Sharing is caring ^_^

IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN ULUNG


1.       Biodata;
·         Abdul Rahman Bin Khaldun
·         Lahir di Tunis (menetap di Sepanyol)
·         Ulamak zaman pertengahan
·         Pakar dalam;
-          ilmu kemasyarakatan
-          pendidikan
-          keagamaan
-          tamaddun
-          undang-undang
-          falsafah
·         Pernah memegang ketu hakim mazhab Maliki
2.       Sifat peribadi;
·         Tegas dalam tugas
·         Berkebolehan dalam bidang sosiologi
·         Tidak mementingkan pangkat
·         Bijak menyelesaikan masalah


Sharing is caring ^_^

IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA

1.       Biodata;
·         Hussin Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Sina
·         Lahir 980M / 424H di Bukhara
·         Keturunan turki
·         Terkenal dalam bidang kedoktoran dan falsafah islam
2.       Sifat peribadi;
·         Kreatif, gigih, dan tekun dalam menerokai ilmu khasnya ilmu perubatan
·         Bersungguh-sungguh memepelajari ilmu
·         Mempu menggabungkan ilmu sains dengan perkara ghaib
·         Akalnya cerdas


Sharing is caring ^_^

KERAJAAN BANI ABBASIYAH 1.6


FAKTOR KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN

1.       Kegemilangan kerajaan abbasiyah
·          
Sistem pentadbiran :
            
                                       i.      Kerajaan ini mengamalkan sistem pentadbiran berpusat yang sistematik dan mantap yang diketuai oleh seorang khalifah
                                       ii.      Bidang kuasa jabatan-jabatan dinilai dasi masa ke semasa
                                      iii.      Mewujudkan jabatan-jabatan baru untuk melicinkan lagu pentadbiran negara
·         Ekonomi :
            
                                       i.      Memberi tumpuan kepada 3 sektor utama ; pertanian, perindustrian dan perdagangan.
              
                                      ii.      Banyak usaha-usaha untuk memajukan sektor ini dilakukan agar ia tetap memberi hasil kepada negara dan rakyat
               
                                     iii.      Infrastruktur fizikal dan intelektual diberi kepada rakyat seperti hospital, sekolah, perpustakaan, pusat perniagaan dll


Sharing is caring ^_^

KERAJAAN BANI ABBASIYAH 1.5


PERKEMBANGAN KETENTERAAN

1.       Pembaharuan dalam bidang ketenteraan yang dilakukan oleh kerajaan abbasiyah

i.         Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan arab seperti turki dan parsi

ii.       Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan

iii.      Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera
 
2.       Struktur organisasi ketenteraan kerajaan abbasiyah

i.         Struktur organisasi
é      Khalifah
é      Al-wazir
é      Diwan al-jund ( kementerian pertahanan )

ii.       Kementerian pertahanan terbahagi 8 :

1)                  Bahagian kewangan ( majlis takrir )
·         Mengurus hal-hal gaji dan imbuhan tentera
·         Mengurus hal-hal ketenteraan
·         Mengurus belanjawan khusus untuk pengurusan, latihan dan peralatan ketenteraan

2)                  Bahagian latihan ( majlis al-muqabalah )
·         Mengurus pengambilan dan latihan kepada tentera baru

3)                  Bahagian peninjau ( al-massahuun )
·         Membuat panduan dan menasihatkan penglima angkatan tentera tentang topografi sesuatu tempat

4)                  Bahagian pengurusan sumber manusia ( diwan at-tasnif )
·         Mengurus kenaikan pangkat
·         Mengurus penyusunan tentera mengikut pasukan

5)                  Depot simpanan ( diwan al-aradh )
·         Mengurus stor dan kelengkapan persenjataan

6)                  Bahagian perisikan ( al-jawasis )
·         Mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera islam

7)                  Bahagian kejuruteraan ( dairah al-muhandasah )
·         Mengurus pembinaan kem-kem tentera dan kubu-kubu pertahanan

8)                  Bahagian tentera laut ( al-bahriah )
·         Mengawasi perairan kerajaan abbasiyah
·         Mengawasi kerja-kerja pembinaan kapal-kapal perang
·         Menyusun angakatan tentera laut


Sharing is caring ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...