Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

dh klik bru tgk

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

2 ahli Geng 36 ditembak mati

MELAKA 12 Sept. - Dua ahli kumpulan kongsi gelap Geng 36 yang amat dikehendaki polis kerana terlibat dalam pelbagai jenayah kekerasan dan dadah, mati ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis di sini hari ini.
Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat menghubungkan Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh dan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Tesco Cheng kira-kira pukul 9.20 pagi.
Kedua-dua penjenayah itu yang berusia 25 dan 35 tahun menaiki sebuah kereta Perodua Myvi terserempak dengan sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis kemudian memintas kenderaan dinaiki mereka serta mengarahkan pemandu kereta itu berhenti di persimpangan tersebut.
Bagaimanapun, kata beliau, kedua-dua lelaki itu bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis sebaik sahaja berhenti.
"Sekurang-kurangnya lima das tembakan dilepaskan penjenayah itu dan mengenai kenderaan dinaiki polis, menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan itu.
"Dua lelaki terbabit meninggal dunia selepas terkena tembakan dan kejadian ini berlaku dalam tempoh 10 minit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadad.
Menurut Khalid, polis memeriksa kenderaan dinaiki penjenayah itu dan menemui dua pucuk pistol jenis automatik, dadah jenis ganja serta lencana integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai digunakan mereka untuk menyamar.
Katanya, hasil semakan polis juga mendapati, salah seorang daripada suspek amat dikehendaki polis kerana mempunyai 10 rekod jenayah manakala seorang lagi mempunyai satu rekod berkaitan dadah.
"Dengan tumpasnya dua penjenayah ini, kita percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes bunuh, satu kes cubaan membunuh, dua kes samun serta satu kes dadah di lima negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Pulau Pinang," katanya.
Susulan kejadian ini, Khalid berkata, polis menyerbu sebuah rumah di Ayer Keroh dan menahan sepasang lelaki dan wanita berusia 34 dan 35 tahun bagi membantu siasatan beberapa lagi kes samun, curi dan pecah rumah.
"Dalam serbuan itu polis turut menemui sebuah kereta mewah jenis BMW serta peralatan yang digunakan untuk jenayah pecah rumah di kediaman itu," jelasnya.
Tambah beliau, polis akan terus menjalankan Op Cantas Khas dalam usaha mengesan mereka yang terlibat dalam pelbagai kes jenayah di seluruh negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130913/je_01/2-ahli-Geng-36-ditembak-mati#ixzz2eiHp3lww
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sharing is caring ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...