Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Friday, February 19, 2010

KERAJAAN BANI ABBASIYAH 1.5


PERKEMBANGAN KETENTERAAN

1.       Pembaharuan dalam bidang ketenteraan yang dilakukan oleh kerajaan abbasiyah

i.         Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan arab seperti turki dan parsi

ii.       Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan

iii.      Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera
 
2.       Struktur organisasi ketenteraan kerajaan abbasiyah

i.         Struktur organisasi
é      Khalifah
é      Al-wazir
é      Diwan al-jund ( kementerian pertahanan )

ii.       Kementerian pertahanan terbahagi 8 :

1)                  Bahagian kewangan ( majlis takrir )
·         Mengurus hal-hal gaji dan imbuhan tentera
·         Mengurus hal-hal ketenteraan
·         Mengurus belanjawan khusus untuk pengurusan, latihan dan peralatan ketenteraan

2)                  Bahagian latihan ( majlis al-muqabalah )
·         Mengurus pengambilan dan latihan kepada tentera baru

3)                  Bahagian peninjau ( al-massahuun )
·         Membuat panduan dan menasihatkan penglima angkatan tentera tentang topografi sesuatu tempat

4)                  Bahagian pengurusan sumber manusia ( diwan at-tasnif )
·         Mengurus kenaikan pangkat
·         Mengurus penyusunan tentera mengikut pasukan

5)                  Depot simpanan ( diwan al-aradh )
·         Mengurus stor dan kelengkapan persenjataan

6)                  Bahagian perisikan ( al-jawasis )
·         Mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera islam

7)                  Bahagian kejuruteraan ( dairah al-muhandasah )
·         Mengurus pembinaan kem-kem tentera dan kubu-kubu pertahanan

8)                  Bahagian tentera laut ( al-bahriah )
·         Mengawasi perairan kerajaan abbasiyah
·         Mengawasi kerja-kerja pembinaan kapal-kapal perang
·         Menyusun angakatan tentera laut

 
3.       Fungsi ketenteraan dalam menjaga keamanan negara
·         Terbahagi kepada 2 tugas :

i.         Tugas utama
a.       Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan luar
b.       Menentang musuh negara
c.       Menghadapi sebarang keadaan darurat

ii.       Tugas bantuan
a.       Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam dan operasi anti keganasan
b.       Membantu pihak berkuasa awam dlam bantuan malapetaka dan pembangunan negara







 

4.       Faktor-faktor kejayaan tentera islam pada zaman abbasiyah

i.         Dasar ketenteraan yang terbuka. Keanggotaan tentera dibuka kepada orang bukan arab seperti parsi dan turki

ii.       Pemimpin yang berkaliber. Para khalifah seperti Abu Ja'far Al-Mansur dan Harun Ar-rasyid amat mengambil berat terhadap kebajikan tentera

iii.      Peralatan ketenteraan yang canggih. Peralatan perang diubahsuai mengikut perkembangan semasa seperti Manjanik, Dabbabah, Baruud dan kapal perang

iv.      Strategi peperangan yang berkesan. Ia sentiasa diubahsuai mengikut keperluan dan perkembangan semasa sama ada dari segi strukur ketenteraan / cara menyerang

v.       Keimanan dan semangat jihad tentera islam. Tahap keimanan yang mantap, semangat jihad dan cinta kepada agama membantu mereka untuk berjuang bermatian-matian demi menjaga agama Islam daripada dihancurkan.
 
5.       Kepentingan keselamatan untuk pembangunan dan kemajuan negara

i.         Kestabilan politik akan tergugat jika bigara tidak aman

ii.       Ekonomi akan lumpuh dan pendidikan akan terjejas jika negara islam yang dibentuk mudah dicerobohi oleh anasir buruk

iii.      Agama Islam akan diketepikan dan dirosakkan oleh agama lain jika negara islam dijajah oleh bangsa yang bukan Islam.

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...