Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Saturday, February 20, 2010

ADAB MEMELIHARA ALAM


1.       Alam sekitar
1.       Salah satu tanda kekuasaan Allah S.W.T. ialah kejadian alam dan isi kandungannya.
2.       Alam yang dijadikan oleh Allah S.W.T. ini adalah untuk memudahkan manusia menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna.
3.       Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan.
4.       Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.
2.       Punca Berlaku Pencemaran Alam
·         Kerosakan alam sekitar pada masa kini telah menjadi perkara biasa.
·         Antara kerosakan yang berlaku pada alam sekitar ialah tanah runtuh, tanah jerlus, pencemaran air, kepanasan yang melampau, dan sebagainya.
·         Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. menyatakan bahawa kemusnahan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah berpunca daripada tangan manusia sendiri. Firman Allah S.W.T.:(Surah Ar-Ftum: Ayat 41) Maksudnya: Telah berlaku pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.
3.       Bentuk-Bentuk Pencemaran
i.         Pencemaran Udara
a.       Pencemaran udara bermaksud terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan lain.
b.       Antara punca berlakunya pencemaran udara ialah:
§       asap daripada ekzos kenderaan bermotor yang mengandung karbon monoksida yang membahayakan kesihatan;
§       asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang
§       debu yang berpunca daripada kilang papan, kawasan pembinaan, dan sebagainya;
§       pembakaran sampah sarap secara terbuka;
§       asap daripada rokok.
 

 
ii.       Pencemaran Air
a.       Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku pada Kandungan, keadaan, dan warna air sehingga tidak lagi selamat untuk hidupan air dan kegunaan manusia.
b.       Pencemaran air memberikan kesan negatif kepada manusia sekiranya digunakan.
c.       Antara punca berlakunya pencemaran air ialah:
§       kesan daripada bahan buangan kilang-kilang seperti bahan kimia, cat, sisa-sisa logam, minyak, dan sebagainya yang dibuang ke dalam sungai;
§       pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan harian ke dalam air seperti parit dan sungai;
§       penerokaan hutan yang berleluasa menyebabkan berlakunya hakisan tanah, tanah runtuh, dan sebagainya.
 
iii.      Pencemaran Tanah
a.       Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang dilakukan terhadap sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan, dan hakisan tanah.
b.       Antara punca berlaku pencemaran tanah ialah:
§       pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal daripada kilang dan sebagainya;
§       pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat;
§       penggunaan racun serangga secara berlebih.
 
iv.      Pencemaran Bunyi
a.       Pencemaran bunyi bermaksud bunyi yang berlebih sehingga mengganggu keselesaan hidup.
b.       Bunyi bising yang negatif biasanya melebihi 80 desibel (dB).
c.       Antara punca berlakunya pencemaran bunyi ialah:
§       bunyi kenderaan berenjin seperti kapal terbang, kereta api, dan lori;
§       bunyi mesin dan jentera daripada kilang;
§       bunyi daripada kuari pemecah batu dan enjin gerudi;
§       bunyi daripada kerja-kerja pembinaan.


Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Alam
1.       Pencemaran dan kerosakan alam yang berlaku boleh diatasi dengan melakukan perkara berikut:
a.       menanam kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya alam sekitar kepada kehidupan;
b.       menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang ramai memelihara kebersihan dan keindahan alam seperti menyediakan tong sampah dan sebagainya;
c.       mendedahkan masyarakat tentang cara menjaga alam sekitar;
d.       mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kampung, taman perumahan, dan sebagainya;
e.       penguatkuasaan undang-undang seperti mengenakan hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan pencemaran.
2.       Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan.
3.       Sekiranya alam ini tidak dipelihara dengan baik, kehidupan kita akan diselubungi dengan bencana alam dan keindahan yang selama ini kita nikmati akan musnah.
4.       Pengabaian kepada alam sekitar juga menyebabkan kita mudah diserang penyakit dan wabak yang berbahaya.

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...