Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Thursday, February 18, 2010

HIDAYAH ALLAH S.W.T


1.       (Surah An-Nur:35)
Maksudnya: Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dan pada pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (sahaja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya, (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki, dan Malah membuat perumpamaan-perumpamaan ini bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
2.       Hidayat ialah cahaya petunjuk daripada Allah yang membawa manusia ke jalan kebaikan dan  kesejahteraan di dunia dan akhirat
3.       Ciri-ciri manusia yang mendapat hidayat:
-          sentiasa bertasbih dan bertahmid kepada Allah serta melakukan perintah-Nya
-          mendirikan solat fardu lima kali sehari semalam pada awal waktu
-          mengeluarkan zakat yang ditetapkan kepada mereka
-          takut kepada pembalasan Allah sekiranya melanggar larangan Allah
4.       Cara memperolehi hidayat:
a)      menuntut ilmu: melalui ilmu kita dapat membezakan perkara baik dan buruk serta memudahkan kita menghayati ajaran Islam
b)      beramal: beramal dengan ilmu yang dipelajari adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Allah murka kepada orang yang tidak beramal dengan ilmunya.
c)       Zikrullah: sentiasa mengingati Allah akan melembutkan hati untuk menerima kebenaran. Antara zikir yang boleh kita amalkan iaitu tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan doa.
5.       Halangan daripada memperolehi hidayat:
a-      terus berada dalam kejahilan
b-      tidak berusaha menuntut ilmu
c-       tidak beramal dengan ilmu yang dipelajari
d-      bersikap sombong dan tidak mahu mennerima kelemahan diri
e-      melakukan maksiat
f-        memakan makanan yang haram
   
6.       Kepentingan ilmu kepada orang beriman:
a-      membezakan perkara baik dengan perkara buruk
b-      dapat melakukan ibadat dengan sempurna
c-       dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
d-      untuk memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
7.       Ilmu yang wajib dituntut:
a-      ilmu fardu ain
b-      ilmu fardu kifayah

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...