Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Friday, February 19, 2010

KERAJAAN BANI ABBASIYAH 1.4

PERKEMBANGAN EKONOMI

1.       Pentadbiran ekonomi di zaman abbasiyah berpusat di      Baghdad, kerana :

i.         Kedudukan yang strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat

ii.       Terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai " suq baghdad " yang menjadi tumpuan para pedagang parsi

iii.      Terdapat ladang-ladang pertanian dan ternakan serta sebuah pasar yang dikenali sebagai " suq al-baqar "
 
2.       Sektor utama ekonomi kerajaan abbasiyah

i.         Pertanian.
·         Beberapa langkah yang diambil untuk memajukan sektor ini :
a.       Melebarkan sungai dan terusan
b.       Membuat empangan
c.       Membuka tanah pertanian baru
d.       Membuat penyelidikan dalam bidang pertanian
·         Wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian :
a.       Mesir
b.       Syam
c.       Iraq
d.       Yaman
e.       Maghribi
f.         Khurasan
g.       Andalus
·         Jenis-jenis hasil pertanian :
a.       Bijirin                      : gandum, barli, beras
b.       Buah-buahan           : anggur, limau, kurma, epal, pisang, tembikai, buah tin dll
c.       Sayur-sayuran         : timun, kobis, kunyit, kacang tanah, ubi, tebu
d.       Ternakan                 : lambu, kambing, ayam, itik, lebah dll

ii.       Perindusrtian.

JENIS PERINDUSTRIAN
PENGELUAR
Tenunan, hamparan & permaidani
Baghdad, Syiraz & Asfahan
Pinggan mangkuk
Mesir & Syam
Barangan kaca, tembikar, mozek
Baghdad, Mesir & Syam
Barangan kulit & senjata
Mesir, Andalus & Maghribi
Perhiasan & batu permata
Yaman, Khurasan, Bahrain & Lubnan
Kertas
Iraq, Mesir, Maghribi & Andalus
 

iii.      Perdagangan
·         Sebab kepesatan sektor ini :
a.       Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang pasaran perniagaan
b.       Perkembangan industri perkapalan yang memudahkan pergerakan para pedagang
c.       Sarjana-sarjana islam menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hakam perniagaan seta galakan terhadapnya
d.       Kemahiran orang arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliah
e.       Adanya langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan abbasiyah untuk menggiatkan aktiviti perdagangan, seperti :

-          Membina pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigi dijalan-jalan utama

-          Membina rumah api untuk panduan kapal perdagangan

-          Mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelak daripada perompak dan lanun
·         Wujud pelabuhan dan bandar yang menjadi tumpuan ahli perniagaan ketika itu seperti : baghdad, Basrah, Antakia, Oman, Adan, Kaherah dan iskandariah
·         Wujud laluan sutera yang menjadi laluan para pedagang arab ke China
·         Para pedangang Islam ketika itu dimudahkan dengan sistem kewangan seperti travellers cheque / as-saftajah

3.       Sumber kewangan kerajaan abbasiyah

i.         Zakat :
·         Kadar harta yang dikeluarkan oleh orang islam terhadap harta-harta tertentu dengan syarat-syarat tertentu dan kadar nisab yang tertentu.

ii.       Kharaj :
·         Cukai tanah milik orang bukan islam

iii.      Ghanimah :
·         Harta rampasan perang. 80 % dibahagikan kepada pejuang Islam & 20% menurut cara yang ditetapkan dalam al-Quran

iv.      Fai'e :
·         Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah

v.       Jizyah :
·         Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan islam yang mendiami negara islam

vi.      Usyur ( 1/10 ):
·         Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan islam yang singgah dipelabuhan-pelabuhan negara islam untuk tujuan perniagaan
 
4.       Peranan baitul mal pada zaman abbasiyah
§         Pengenalan :
-          Merupakan institusi kewangan terbesar negara

-          Diketuai oleh Sohib Baitul Mal, bertugas mengurus pendapatan dan perbelanjaan negara
§         Peranan yang dimainkan :

a.       Mengurus sumber-sumber pendapatan negara
-          Dijalankan menerusi jabatan hasil ( diwan al-kharaj ) yang mengurus kutipan cukai seperti kaharaj, jizyah, usyur, dan zakat

b.       Mengawal belanjawan negara
-          Dijalankan melalui jabatan kewangan ( diwan an-nafaqah ) yang mengurus pendapatan dan perbelanjaan untuk semua jabatan kerajaan dan gaji kakitangan kerajaan
 







5.       Kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat

i.         Umat islam ketika itu dapat menikmati taraf kehidupan yang tinggi

ii.       Banyak kemudahan-kemudahan untuk rakyat dapat disediakan seperti tali air, jalan, masjid, sekolah dll

iii.      Banyak peluang pekerjaan yang dapat disediakan untuk rakyat pada ketika itu

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...