(Surah as-Sajdah:15-16)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami adalah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka serta-merta sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, dan mereka tidak menyombong diri. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan mengharapkan (rahmat-Nya), dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepa mereka.
1. Ciri-ciri orang yang beriman:
1. Sujud kepada Allah
§ menyedari kebesaran Allah
2. Mengingati Allah
§ sentiasa mengingati Allah dengan berzikir seperti tasbih, tahmid, takbir dan tahlil
3. Tidak bersikap takbur / menyombong diri
§ menyakini Allah sahaja yang layak dengan sifat tersebut. Segala kekuatan yang ada pada manusia adalah ihsan daripada Allah semata-mata.
4. Melazimi bangun malam (qiamullail)
§ Qiamullail adalah satu cara mendekatkan diri kepada Allah yang sangat dituntut oleh agama. Qiamullail adalah bangun sepertiga malam untuk melakukan ibadat tertentu seperti solat, doa, zikir dan sebagainya.
§ Qiamullail adalah sumber kekuatan rohani bagi orang mukmin
5. Menginfakkan harta ke jalan Allah
§ Harta adalah amanah Allah dan perlu digunakan sebaik yang mungkin. Antara cara menginfakkan harta:
a- menyumbangkan kepada fakir miskin
b- menyumbangkan untuk kegunaan surau dan masjid
c- pembinaan sekolah
d- program dakwah islamiah
e- perbelanjaan orang menuntut ilmu