1. Menerangkan konsep perkahwinan dalam islam
i. Perkahwinan dalam islam adalah selaras dengan fitrah manusia iaitu ingin hidup berpasangan dan memiliki keluarga
ii. Islam menggariskan agar keinginan tersebut dilaksanakan berdasarkan undang-undang dan syariat yang menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat
2. Menerangkan pengertian perkahwinan
i. Bahasa :
¨ Cantum atau himpun
ii. Istilah :
¨ Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan permpuan melakukan persetubuhan
3. Menyatakan hukum perkahwinan
i. Harus
¨ bagi yang tidak mempunyai sebab untuk berkahwin dan tiada perkara yang mengharamkannya berkahwin
ii. Wajib
¨ bagi yang mampu zahir dan batin, jika tidak berkahwin dikhuatiri mereka akan berzina
iii. Sunat
¨ bagi yang mampu zahir dan batin, jika tidak berkahwin tidak dikhuatiri mereka akan berzina
iv. Makruh
¨ bagi yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin, tapi berkeinginan untuk berkahwin
v. Haram
¨ bagi yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin / berkahwin dengan niat memudaratkan isteri
4. Menyenaraikan hikmah perkahwinan
i. untuk melahirkan zuriat yang bersih
ii. memupuk perasaan kasih sayang antara suami dan isteri
iii. mengelakkan perbuatan maksiat
iv. melahirkan perasaan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah Allah
v. memenuhi tuntutan rohani dan jasmani yang menjadi fitrah manusia melalui jalan yang halal
5. Menjelaskan kesan perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga islam
i. Kepada diri
¨ Dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan undang-undang keluarga islam
¨ Masyarakat akan memandang serong kepada mereka
ii. Kepada keluarga
¨ Nama baik kedua-dua keluarga akan tercemar
¨ Kedua-dua belah keluarga akan bermusuhan akibat sikap menyalahkan keluarga lain
iii. Kepada masyarakat
¨ Masyarakat akan kucar kacir kerana wujud masyarakat yang tidakmahu patuh kepada undang-undang
6. Menghuraikan langkah-langkah mengatasi masalah perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang
i. Semua pihak terutama ibu bapa dan masyarakat bertanggungjawab memastikan setiap perkahwinan itu sah mengikut syarak dan undang-undang keluarga islam
ii. Pihak berwajib seperti jabatan agama islam dan badan kerajaan perlu memperbanyakkan seminar dan kursus untuk memberi penjelasan tentang undang-undang keluarga islam
iii. Penguatkuasaan peraturan perlu dilaksanakan dan tindakan undang-undang perlu dikenakan keatas mereka yang melanggar syariat dan undang-undang yang ditetapkan.