Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Thursday, February 18, 2010

Tokoh Ilmuan Islam Ibnu Rusyd

Nama beliau yang sebenarnya ialah Abu Al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Ibnu Rusyd Al-Qadhi Al-Qurtubi.

Beliau dilahirkan pada tahun 1126M bersamaan dengan tahun 520 Hijrah di Qurtabah (Cordova). Di negara-negara barat, Ibnu Rusyd dikenali sebagai ' Averroes ' dan fahaman atau pemikiran beliau dikenali sebagai ' Averroism .' Beliau mempunyai keistimewaan yang diberikan Allah S.W.T. diantaranya ialah menghafaz Al-Quran dalam usia yang masih muda iaitu ketika berusia 12 tahun. Beliau juga mempunyai sifat keperibadian yang begitu tinggi.


PendidikanPada peringkat awalnya, beliau mendapat pendidikan daripada bapanya di rumah. Oleh kerana keistimewaannya yang memiliki akal fikiran yang baik, ketika berusia 12 tahun beliau telah mempelajari ilmu falsafah. Beliau mendapat pengajaran dan pendidikan daripada datuknya yang merupakan pakar dalam undang-undang Mazhab Maliki.

Selepas itu, beliau menyambung pelajaran dalam bidang sains, matematik, perubatan, astronomi, dan falsafah. Beliau telah menghafaz kitab Al-Muattok karangan Imam Malik.

Beliau telah mempelajari ilmu perundangan daripada pakar undang-undang Mazhab Maliki, Ilmu Usuluddin daripada ulama 'Isyarah dan falsafah daripada filosot-filosot besar di Qurtubah (Cordova) termasuk Ibnu Rajah (Ibnu Majah) yang lebih dikenali dengan nama ' Avempace' di barat.

Sumbangan
Ibnu Rusyd merupakan seorang ahli falsafah Islam yang telah menyumbangkan berbagai-bagai ilmu pengetahuan kepada manusia pada waktu itu dan zaman selepasnya dalam bidang falsafah, psikologi, pentadbiran, perubatan, dan kehakiman. Hasil-hasil karya beliau dalam tersebut menjadi rujukan kepada universiti-universiti di kebanyakan negara Islam dan Eropah.

Selain daripada buku-buku dan risalah-risalah, Ibnu rusyd banyak juga meninggalkan kata-kata hikmat sebagai panduan dan renungan untuk kita semua, seperti:

" Pemerintahan yang adil ialah untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan diri "
" Keadilan sendi kekuasaan dan kedaulatan, kezaliman adalah bencana besar pemerintahan."
" Pemerintahan yang jahat ialah pemerintahan teokrasi yang dipimpin oleh kaum pendeta "
" Lelaki dan wanita sama dalam naluri dan kekuatan walaupun ada perbezaan dalam
beberapa lapangan

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...