Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam
keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu
ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah
hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu
suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih
menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara
kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan
disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena
semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga
& seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.
Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy
fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua
hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia.
Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur,
memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua
tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh
kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para
pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki
mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan
menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai
ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti
dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada
orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Khasiat berwuduk sebelum tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu
banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa
percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan
otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang
itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan
tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah
kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit.
Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang
dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon
perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur.
Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya
doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa
lah berwudhu.