Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Friday, September 13, 2013

RM2.7j latih bidang keusahawanan pelajar politeknik

KAMARUDDIN Hamzah (tengah) beramah mesra dengan para peserta ketika hadir Majlis Penutupan Simposium Pembangunan Usahawan Tani di Dewan Sri Putra Politeknik, Nilai, kelmarin.

SEREMBAN 11 Sept. - Sebanyak RM2.7 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi melatih pelajar politeknik dalam bidang keusahawanan pada tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Pengajian Politeknik, Kamaruddin Hamzah berkata, jumlah itu meningkat sekali ganda berbanding RM1.3 juta pada tahun lalu.
Beliau berkata, peruntukan itu akan digunakan dalam empat fasa iaitu pendedahan, pembudayaan, pengukuhan dan pembangunan bidang keusahawan di kalangan pelajar berkenaan.
"Sebanyak RM400,000 akan dibelanjakan sebagai pendedahan kepada kira-kira 94,000 pelajar di 32 politeknik di seluruh negara.
"Selepas keempat-empat fasa itu selesai, kita berharap para siswazah politeknik akan mempunyai pandangan yang lebih matang mengenai bidang keusahawanan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penutup Simposium Pembangunan Usahawan Tani (SiPUT) di Politeknik Nilai dekat sini semalam.
Kamaruddin memberitahu, tahun lalu, lebih 30,000 pelajar politeknik terlibat dalam pelbagai program dan projek keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC).
Pada tahun ini, katanya, MPEC yang ditubuhkan pada Oktober 2011 akan menumpukan kepada empat model perniagaan berimpak tinggi yang dinamakan sebagai Poly Retail, Poly Sport, Poly Design dan Poly Travel.
Simposium selama empat hari yang bermula Jumaat lalu disertai oleh 240 pelajar dari 12 politeknik di zon tengah dan selatan.
Program itu bertujuan memberi pendedahan dan pembudayaan kepada pelajar berkenaan mengenai bidang keusahawanan agro.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20130912/ka_03/RM27j-latih-bidang-keusahawanan-pelajar-politeknik#ixzz2eiJIkA00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...