Terima kasih sudi melawat blog asis

I am Muslim & I am not Terrorist

Translate to your Language
Statistic
Flag Counter

Friday, September 13, 2013

Tingkat usaha perbaiki ranking universiti

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menambah baik kelemahan dari semua aspek dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam kajian QS World University Rankings.
Naib Canselor Universiti UKM, Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, tenaga pengajar akademik universiti itu akan bekerja keras serta menumpu perhatian kepada prestasi akademik.
Menurutnya, beliau tidak khuatir meskipun kedudukan UKM dalam ranking itu tahun ini jatuh lapan anak tangga ke tempat 269 tahun berbanding ke-261 tahun lalu.
"Salah satu faktor kejatuhan adalah disebabkan kemasukan sebanyak 300 institusi baharu yang mana menjadikan jumlah keseluruhan 800 pusat pendidikan. Ini menunjukkan terdapat persaingan yang lebih sengit antara institusi.
"Apa yang penting UKM stabil dalam lingkungan universiti 300 teratas atau kedudukan satu pertiga teratas di dunia dan satu-satunya universiti di Malaysia yang tersenarai di tangga 23 dalam ranking dunia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan ranking enam universiti tempatan jatuh dalam senarai institusi pengajian tinggi (IPT) terbaik dunia berdasarkan kajian QS World University Rankings 2013/2014.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon berkata, perubahan ranking universiti bukan perkara asing dan sentiasa berlaku.
Menurutnya, sesebuah universiti tidak akan berada pada satu tahap kekal dan pihaknya akan memperbaiki kelemahan dari setiap sudut bagi memperbaiki ranking UM.
"Sejak dua tahun yang lalu UM telah memulakan program Penyelidikan Impak Tinggi yang kini telah mula menampakkan hasil yang positif," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20130912/ka_01/Tingkat-usaha-perbaiki-ranking-universiti#ixzz2eiJ1T2Cg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sharing is caring ^_^

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...