1. Maksud iman
i. Bahasa :
¨ Mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya
ii. Istilah :
¨ Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota
2. Mejelas bagaimana iman boleh bertambah dan berkurang
i. Iman berkait rapat dengan amalan seseorang
ii. Banyaknya amalan kebaikan, menunjukkan iman individu tersebut kian meningkat. Begitu juga sebaliknya
iii. Iman seseorang boleh bertambah dengan melakukan ibadat dan ketaatan serta meningkatkan ilmu. Iman boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat.
3. Menghurai ciri-ciri orang yang mempunyai iman yang kuat
i. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan rasulnya
ii. Banyak melakukan ibadat sunat disamping ibadat-ibadat wajib
iii. Melazimi zikir kepada Allah dan selalu berfikir tentang kebesaran Allah
4. Maksud kemanisan iman
i. Berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah dan rasulnya serta mengutamakan Allah dan rasulnya lebih daripada harta benda dunia
5. Merumus ciri-ciri orang yang mendapat kemanisan iman
i. Cinta kepada Allah dan rasulnya lebih daripada segalanya
ii. Mengasihi sesama manusia kerana Allah
iii. Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan kedalam api neraka