(Riwayat Bukhari)
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda; Sesungguhnya Allah berfirman, sesiapa yang memusuhi wali-Ku, ku mengisytihan perang terhadapnya. Tiada amalan yang mendekatkan dirinya kepada-Ku yang lebih Aku sukai daripada amalan yang Aku fardukan. Hamba-Ku yang mendekatkan diri kepada-Ku dengan sentiasa melakukan amalan sunat Aku akan mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, pendengarannya, penglihatan-nya, tangannya yang digunakan untuk memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan, semuanya berdasarkan keredaan dan kawalan-Ku. Jika dia meminta kepada-Ku, Aku akan memperkenankannya dan jika dia memohon perlindungan-Ku, Aku akan melindunginya.
1. Wali Allah S.W.T.
· Wali dari segi bahasa bermaksud : bantuan atau perlindungan daripada Allah S.W.T..
· Dari segi istilah pula wali bermaksud : manusia biasa yang beriman, bertaqwa, dan beristiqamah dalam melaksanakan segala perintah Allah S.W.T. dan menjauhkan segala larangan-Nya secara zahir dan batin.
· Wali tidak bersifat maksum dan tidak mempunyai mukjizat.
· Sesetengah wali dikurniakan dengan kebolehan melakukan perkara luar biasa. Tetapi ia bukanlah syarat bagi seorang wali.
· Contoh wali Allah S.W.T. ialah para sahabat Rasulullah S.A.W. dan Al-Salaf Al-Soleh seperti Uwais Al-Qarni, Hasan Al-Basri, dan Rabiatul Adawiyyah.
2. Amalan-Amalan Sunat Yang Boleh Mendekatkan Diri Kepada Allah S.W.T.
· Amalan sunat dari aspek hubungan dengan Allah S.W.T., antaranya ialah:
a. solat sunat seperti solat Dhuha, solat sunat Rawatib, solat Tahajud, dan solat sunat Mutlak;
b. puasa sunat seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis;
c. membaca Al-Quran Al-Karim;
d. berzikir;
e. berdoa;
f. berakikah dan berkorban.
· Amalan sunat dari aspek hubungan sesama manusia, antaranya ialah:
a. memberi senyuman;
b. nasihat-menasihati;
c. ziarah-menziarahi;
3. Kelebihan Orang Yang Melakukan Ibadat Nawafil (Sunat)
· l. Dikasihi dan disayangi oleh Allah S.W.T. dan rasul.
· Kehidupan akan diberkati oleh Allah S.W.T.
· Allah S.W.T. memelihara segala anggotanya daripada melakukan perkara maksiat.
· Doanya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
· Allah S.W.T. melindunginya daripada sebarang keburukan.
· Allah S.W.T. memberi ganjaran pahala dan syurga.
· Dia akan dapat mengecapi kenikmatan beribadat.
· Segala kekurangan amalan fardunya akan ditampung dengan ibadat nawafilnya.
4. Rumusan
· Allah S.W.T. memurkai orang yang bermusuhan dengan orang yang beriman.
· Orang beriman wajib melaksanakan segala perkara yang difardukan ke atasnya dengan penuh ketaatan.
· Kekasih Allah S.W.T. ialah orang mukmin yang melakukan banyak ibadat nawafil.
· Orang yang hampir kepada Allah S.W.T. ialah orang yang mukmin yang berilmu, beramal, dan berakhlak mulia.
· Kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. dan sesama manusia.
· Allah S.W.T. akan memberi pertunjuk kepada orang yang bertaqwa kepada-Nya.
· Allah S.W.T. memperkenankan doa orang hampir kepada-Nya.